Sejajar dengan aspirasi Kementerian Kesihatan yang mempromosikan kehidupan yang sihat dan cergas kepada semua lapisan masyarakat khususnya anggota kesihatan, sebuah Gimnasium kesihatan telah diwujudkan yang terletak di Bahagian Pendidikan Kesihatan. Gimnasium kesihatan ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2008
Objektif penubuhan gimnasium ini adalah seperti berikut:
- Membolehkan anggota kesihatan melakukan aktiviti fizikal selepas waktu bekerja
- Menggalakkan anggota kesihatan memberi perhatian kepada diri supaya lebih sihat dan cergas
- Mengeratkan hubungan di antara anggota kesihatan
Keahlian adalah terbuka kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia di Parcel E yang berdaftar Kelab Gimnasium. Gimnasium akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di antara jam 4.30 petang hingga 7.00 malam. Pengguna yang berdaftar hendaklah berada pada waktu luar pejabat mengikut WP masing-masing. Pembayaran yuran sebanyak RM 10 – RM 20 berkemungkinan akan dikenakan namun ia masih belum ditetapkan oleh pihak kelab.
Program gimnasium ini dikendalikan secara profesional oleh instruktur yang bertauliah. Instruktur turut bertanggungjawab untuk penyelenggaraan peralatan, membentuk program sesuai, kad keahlian dan kesihatan, bimbingan peralatan dan aktiviti, pemantauan keberkesanan dan sebagainya. Antara peralatan senaman yang terdapat di Gimnasium ini ialah:
- Sport Treadmill (3 unit)
- Pro Cross Traineer (2 unit)
- Exercyle Bike (Blue Line) 1 (1 unit)
- Pro Recumbent Bike (2unit)
- Flat Bench (1 unit)
- Olympic Bench Press (1 unit)
- Olympic Weight (1 set)
- Dumbell Chrome (1 set (10 pairs))
- Cordless Mic (1 set)
- Multistation 3 Stack ( 1 unit)
Waktu operasi adalah seperti di dalam jadual di bawah:
HARI |
GILIRAN |
AKTIVITI |
ISNIN |
WANITA SAHAJA |
SESI KONSULTASI & AKTIVITI FIZIKAL
(4.30-7.00) |
SELASA |
LELAKI SAHAJA |
SESI KONSULTASI & AKTIVITI FIZIKAL
(4.30-7.00) |
RABU |
WANITA SAHAJA |
AEROBIK
(5.00-5.30) |
“GROUP ABS EXERCISE”
(6.00-6.30) |
KHAMIS |
LELAKI SAHAJA |
“GROUP ABS EXERCISE”
(5.00-5.30) |
“STRENGHT TRAINING”
(6.00-6.30) |
JUMAAT |
TERBUKA UNTUK LELAKI DAN WANITA |
“WEIGHT TRAINING”
(5.00-5.30) |
AEROBIK
(5.00-5.30) |
Diantara peralatan senaman yang disediakan di Gimnasium ini adalah sepertri berikut;
|