LEPTOSPIROSIS

Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira. Bakteria ini boleh hidup di air tawar selama lebih kurang sebulan.

Cara Jangkitan

Ia dibawa oleh haiwan-haiwan seperti berikut :

• Tikus
• Kucing
• Anjing
• Lembu
• Kambing
• Burung
• Kuda
• Haiwan lain

Manusia boleh dijangkiti secara kontak langsung dengan air yang tercemar oleh air kencing haiwan-haiwan tersebut. Tempoh inkubasi adalah selama 4 hari hingga 19 hari.

Pencegahan

• Menjaga kebersihan persekitaran di rumah
• Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus
• Mencuci tangan dengan air dan sabun semasa menyediakan makanan dan sebelum makan
• Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir
• Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir
• Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda

Tanda-tanda

• Demam
• Sakit kepala
• Muntah
• Cirit-birit
• Sakit otot
• Sakit di bahagian abdomen
• Kemerahan pada mata
• Ruam kulit

Media

Klik di sini untuk maklumat lanjut