Perutusan Pengarah

perutusan pengarah 2016 full

Suraiya binti Syed Mohamed 

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku.

Bahagian Pendidikan Kesihatan kini sedang mentransformasi landskap penyampaian maklumat dan promosi kesihatan secara lebih agresif dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi komunikasi, khususnya saluran komunikasi digital dan media sosial.

Seiring dengan transformasi ini, Portal Infosihat berperanan sebagai platform sumber media bersepadu untuk tujuan promosi kesihatan. Melalui portal ini juga, pengguna boleh mengakses dan memuat turun pelbagai jenis media seperti video, audio, poster, risalah, buku kecil, bahan pameran, siaran (flyer),gegantung dan persembahan power point. Bahan-bahan versi digital ini diyakini dapat menjadi pemudah cara bagi penyampaian maklumat promosi dan penyampaian kesihatan melalui pelbagai platform komunikasi digital.

Bahan-bahan ini sesuai digunakan oleh individu, kumpulan, institusi, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan atau pihak swasta dalam meluaskan intervensi promosi kesihatan di pelbagai peringkat dan persekitaran.

Harapan kami adalah supaya perkhidmatan promosi kesihatan dapat diteruskan merentasi perubahan teknologi komunikasi digital dengan pembangunan dan perkembangan portal ini.

Selamat melayari Portal Infosihat.

Suraiya binti Syed Mohamed 
Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan

 

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss