FAQ

1. Bagaimanakah cara untuk memuat turun bahan di dalam Infosihat?

Bahagian Pendidikan Kesihatan menerbitkan pelbagai media promosi kesihatan seperti risalah, buku kecil, poster, bahan pameran, panji, kolateral, flyer dan iklan akhbar dalam dua format fail iaitu PDF(Acrobat) dan .AI (Illustrator). Bagi muat turun bahan yang diperlukan, sila klik pada ikon PDF atau AI dan klik butang save untuk simpan bahan tersebut.

Bagi media bukan cetak seperti video dan animasi, anda memerlukan perisian seperti Windows Media Player, VLC Media Player atau iTunes untuk memainkan video yang disediakan. Bagi muat turun video, sila klik pada ikon mp4, mov, rm, wmv atau flv.

Bagi muat turun media audio, sila klik ikon mp3 atau flv dan tekan butang save untuk menyimpan bahan yang telah di muat turun tersebut.

2. Adakah saya perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk menerbit semula bahan media?

Sekiranya individu atau organisasi ingin menerbitkan semula bahan media yang terdapat di dalam Portal Infosihat tanpa sebarang pindaan, tidak memerlukan persetujuan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan. Penerbitan semula bahan media Pendidikan Kesihatan adalah digalakkan.

Walau bagaimanapun sekiranya terdapat pindaan dari segi kandungan, reka bentuk, imej atau grafik yang digunakan, maka perkara tersebut perlu dimaklumkan dan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kelulusan ini amat penting untuk memastikan ketepatan kandungan dan fakta yang terdapat dalam bahan tersebut

3. Bagaimana saya ingin mendapatkan bahan media cetak atau media elektronik seperti video dan audio?

Bagi mendapatkan bahan media, anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan terus ke Unit Pendidikan Kesihatan Negeri atau Unit Pendidikan Pesakit Hospital yang berhampiran. Anda juga boleh menghubungi bahagian ini di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Komplek Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.
Tel : 03 - 8883 4500
Faks : 03-8888 6200
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bagi media elektronik, anda boleh muat turun terus daripada Portal Infosihat. Sekiranya anda mahu salinan asal, anda boleh datang ke Bahagian Pendidikan kesihatan untuk mendapat salinan media elektronik yang dikehendaki dengan membawa CD sendiri.

4. Bagaimana jika organisasi lain ingin berkongsi atau meletakkan bahan yang diterbitkan oleh organisasi tersebut di Portal Infosihat?

Bahagian Pendidikan Kesihatan menggalakkan penglibatan organisasi lain yang ingin berkongsi bahan di Portal Infosihat. Namun, bahan tersebut perlu disahkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk melihat kesesuaianya terlebih dahulu. Anda boleh menghantar surat atau emel beserta salinan bahan yang ingin dikongsi kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Bagaimanakah cara untuk menjemput Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk menyertai pameran kesihatan. Adakah terdapat prosedur jika ingin menjemput Pegawai Pendidikan Kesihatan untuk memberi ceramah?

Bagi menyokong aktiviti promosi kesihatan, Bahagian Pendidikan Kesihatan mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana pihak yang ingin mengadakan pameran kesihatan. Anda juga boleh menjemput pegawai dari bahagian ini untuk memberi ceramah berkaitan pendidikan kesihatan yang berkaitan. Surat jemputan boleh dihantar melalui surat atau emel kepada:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Komplek Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.
Tel : 03 - 8883 4500
Faks : 03-8888 6200
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6. Di manakah sekiranya saya ingin menyalurkan aduan atau pandangan berkaitan Portal Infosihat ini?

Sekiranya anda mempunyai pandangan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di Portal Infosihat (www.infosihat.gov.my), anda boleh memberi pandangan dan cadangan menerusi ruangan maklum balas yang disediakan atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

7. Di manakah sekiranya saya ingin menyalurkan aduan atau pandangan yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan saluran untuk orang awam membuat aduan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Anda boleh menyalurkan aduan ke Portal Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu www.moh.gov.my di bahagian Aduan & Semakan (e-Aduan) http://www.moh.gov.my/complains/new.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss