Kempen Cara Hidup Sihat 1996

cegah diabetes

  • Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1996 ialah "Cegah Diabetes". Kempen ini meliputi beberapa aspek yang berkait rapat dengan cara hidup dan tingkah laku individu dan masyarakat keseluruhannya. Bagi memudahkan intervensi pendidikan kesihatan, aspek pencegahan ini dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :

    Pencegahan primer
  • Mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan unggul
  • Menggalakkan masyarakat mengamalkan senaman
  • Menggalakkan pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi

    Pencegahan sekunder
  • Menggalakkan pengesanan awal dan mendapatkan rawatan segera

    Pencegahan tertiari
  • Menggalakkan pengesanan awal komplikasi diabetes
  • Menggalakkan kepatuhan (compliance) yang berterusan dan berkesan terhadap rawatan bagi  diabetes dan komplikasi.

FOKUS
Kempen ini akan memberikan tumpuan utama kepada beberapa aspek seperti berikut;
Meningkatkan tahap pengetahuan, mengenai pengetahuan umum
diabetes mellitus seperti apakah diabetes mellitus, penyebab diabetesnav diabetis a1 mellitus, tanda dan gejala, komplikasi dan tindakan yang perlu diambil.

  • Mengetahui tentang faktor-faktor risiko diabetes mellitus.

  • Mengetahui tentang julat berat badan unggul dan pengertian 
    "Body Mass Index" (BMI).

  • Mengetahui kaedah dan teknik mengurang dan mengekalkan berat
    badan secara selamat.

  • Mengetahui serta berkemahiran untuk memilih dan menyediakan hidangan makanan yang sihat.

  • Mempunyai maklumat yang mencukupi bagi membuat pemilihan pemakanan yang sihat di rumah,tempat kerja dan sekolah.

  • Mempunyai maklumat mengenai jenis senaman (physical activities) dan faedahnya kepada tubuh badan.

Kepentingan untuk berjumpa doktor segera jika tanda dan gejala berikut dikesan / dialami.

  • Kerap membuang air kecil

  • Selalu merasa dahaga dan lapar

  • Mudah dan selalu letih

  • Gatal-gatal khususnya di kawasan sekitar kemaluan.

Maklumat dan kemahiran mengenai penjagaan diri sendiri dalam konteks pengurusan diabetes mellitus khususnya dalam aspek berikut;

  1. Pemakanan

  2. Rawatan contohnya suntikan insulin

  3. Senaman

  4. Pencegahan infeksi contohnya kebersihan diri

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss