Kempen Cara Hidup Sihat 1997

resepi kesihatan sihat

Bagi tahun 1997, Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan "Makan Untuk Kesihatan" memberikan penekanan kepada aspek-aspek tabiat makan yang buruk di kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Tabiat buruk ini telah diakui boleh mendatangkan pelbagai implikasi ke atas status kesihatan masyarakat seperti masalah obesiti, diabetes, penyakit jantung koronari dan sebagainya.

Pengambilan makanan pada asasnya merupakan satu keperluan asasi untuk manusia terus hidup dan merangkumi bidang yang luas. Untuk tujuan kempen ini, empat aspek utama akan diberikan penekanan iaitu seperti berikut;

Pengamalan diet yang sihat
nav makanankesihatan a2

  1. Makan pelbagai jenis makanan
    Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
  2. Pilih diet yang tinggi kandungan fiber, kekacang dan legumes.
  3. Makan lebih sayuran dan buah-buahan.
  4. Banyakkan minum air (6-8 gelas sehari).
  5. Pilih diet yang mengandungi lemak dan kolesterol yang rendah.
  6. Pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah.
  7. Makan makanan yang bersih dan selamat.

Mengekalkan berat badan yang ideal / sesuai

  • Kepentingan untuk mengetahui tahap BMI / WHR
  • Melakukan senaman secara berterusan / berkala

Memahami pelabelan makanan

  • Kepentingan memahami pelabelan makanan dan kandungan nutrien

Menyediakan makanan yang sihat di premis makanan

  • Kantin di Jabatan Kerajaan

  • Hotel dan restoran

  • Kantin sekolah

  • Penjaja dan makanan segera

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss