Kempen Cara Hidup Sihat 1998

senaman asas kesihatan

Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.

Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok ( 10.0 % )

 Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah :

  1. Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.

  2. Amalan pemakanan yang tidak sihat.

  3. Tabiat buruk merokok.
    Pada tahun 1995 hampir 95,000 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kadar kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5 orang akan dimasukkan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular.

Penyakit diabetes juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidaknav senaman a2 aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetes di Malaysia juga telah meningkat daripada 6.3 % pada tahun 1986 ke 8.2 % pada tahun 1996. Kos rawatan untuk penyakit diabetes juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetes seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.

Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 % daripada keseluruhan kematian ). Kanser payu dara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.

Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam ( bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu ). Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua.

MENCEGAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN CARA HIDUP
Elakkan daripada mengamalkan cara hidup sedentari. Cara hidup sedentari akan meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.
Cara hidup sedentari merangkumi :

  • Gaya hidup yang tidak aktif.

  • Tidak mengamalkan senaman dengan tetap.

  • Banyak menghabiskan masa tanpa pergerakan yang secukupnya.

  • Pekerjaan seharian yang tidak banyak menggunakan tenaga atau keringat.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss