COMBI

1.0 Pengenalan

COMBI ialah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”. COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia. COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat. Pendekatan COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkah laku, komunikasi dan pemasaran bagi menangani isu-isu sosial. COMBI juga merupakan satu pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel untuk merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi sosial dan komunikasi yang boleh diubahsuai dan diuji mengikut objektif-objektif tingkah laku yang telah dipilih.

1.1 Matlamat COMBI

  • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani sesuatu isu dalam komuniti
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan / tingkah laku / norma sosial dalam komuniti

1.2 Prinsip asas COMBI

  • Menentukan tingkah laku khusus
  • Integrasi tindakan-tindakan komunikasi
  • Pemantauan kemajuan ke arah pengekalan tingkah laku secara berterusan

1.3 Tindakan Komunikasi Bersepadu

  • Mobilisasi pentadbiran/advokasi
  • Mobilisasi sosial
  • Publisiti / pengiklanan
  • Penyampaian peribadi
  • Promosi pusat perkhidmatan

Dari segi pelaksanaan projek COMBI, semua tindakan di atas hendaklah menggunakan pendekatan M-RIP seperti berikut:

  • M - “Massive” (besar-besaran)
  • R - “Repetitive” (berulang-ulang)
  • I - “Intense” (bersungguh-sungguh)
  • P - “Persistent” (berterusan)

 MRIP COMBI

2.0 Kepimpinan COMBI
Seorang pemimpin mempunyai pelbagai fungsi dan tugas di dalam organisasi bagi memastikan semua ahli merealisasikan objektif dan misi organisasi serta mengukuhkan pelaksanaan aktiviti yang dirancang. Antara tugas utama yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin COMBI adalah:

2.1 Pengurusan Mesyuarat
Pemimpin COMBI bertanggungjawab menguruskan sesuatu mesyuarat yang akan diadakan. Komponen dalam mesyuarat yang perlu ada adalah seperti berikut:

2.2 Peranan pemimpin COMBI

  • Memastikan komuniti aktif dalam melaksanakan aktiviti mencegah dan mengawal Denggi.
  • Mengubah tingkah laku yang menyumbang kepada masalah Denggi melalui kaedah komunikasi berkesan.
  • Mengeratkan jalinan hubungan kerjasama antara pelbagai lapisan dan sektor komuniti setempat.
  • Mewujudkan jaringan dan perkongsian bijak dalam menggerakkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

2.3 Pencegahan Denggi
Aktiviti–aktiviti yang boleh dilaksanakan khususnya dalam membanteras Denggi:

a) Cari dan musnah (Search and Destroy)

  • Aktiviti mencari dan menghapuskan tempat / bekas yang berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah sekurang-kurangnya dilakukan seminggu sekali.

combi hujung minggu

combi aedes 

combi aedes 2

b) Gotong-royong

  • Aktiviti pembersihan persekitaran yang dijalankan oleh kumpulan sasaran secara bersama-sama yang melibatkan penyertaan komuniti. Aktiviti ini bertujuan untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes, sama ada di dalam atau di luar rumah. (Sila rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan–Buku Biru)

2.4 Pengurusan COMBI
Seorang pemimpin COMBI perlu mempunyai kemahiran mengurus seperti berikut:

2.4.1  Kemahiran Merancang Aktivit

a) Menentukan wawasan / halatuju pasukan COMBI
Contoh: Bekerjasama dengan komuniti untuk mewujudkan persekitaran bersih dan selamat
b) Menentukan sasaran jangka panjang dan jangka pendek
Contoh:

  • Tiada kejadian wabak pada tahun semasa (jangka pendek)
  • Tiada kes Denggi dalam tempoh 5 tahun (jangka panjang)

c) Menetapkan objektif
Menetapkan beberapa matlamat yang ingin dicapai

 Contoh:

  • Meningkatkan pengetahuan tentang pencegahan Denggi
  • Meningkatkan kemahiran dan tindakan dalam pencegahan Denggi
  • Merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat serta menggerakkan mereka dalam menangani masalah Denggi

d) Melantik kumpulan pemantau
Melantik sekumpulan anggota COMBI untuk memantau pelaksanaan aktiviti dan kemajuan projek COMBI
e) Menyediakan pelan pelaksanaan (Gantt Chart)
Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti bagi tujuan pemantauan aktiviti dijalankan seperti yang telah dirancang
f) Menentukan sumber (manusia, kewangan dan peralatan)
Mengenalpasti dan menyediakan segala keperluan mengikut kemampuan untuk melaksana aktiviti
g) Menyediakan pelan kontigensi
Menyediakan perancangan alternatif sekiranya perancangan asal tidak dapat dilaksanakan

4.2 Kemahiran Melaksana Aktiviti
a) Mengenalpasti kaedah komunikasi bagi mempromosikan aktiviti
Contoh:

  • Hebahan awam
  • Edaran poster / risalah
  • Media sosial (Facebook, Whatsapp, Twitter, dan lain-lain)

b) Melibatkan ketua masyarakat yang berpengaruh dalam aktiviti
Contoh:

  • Pengerusi Persatuan Penduduk
  • Pengerusi JKK / JKKP

combi jkk

c) Pengisian aktiviti dari pelbagai agensi dan berasaskan keperluan masyarakat
Contoh:

  • Pemeriksaan kesihatan
  • Pertandingan melukis
  • Hari keluarga
  • Pameran
  • Kuiz
  • Cabutan bertuah
  • Pertandingan mencari jentik-jentik


d) Mewujudkan kerjasama serta membuat agihan tugas di kalangan ahli COMBI dalam menjalankan aktiviti

2.4.3 Pengurusan Sumber (manusia / kewangan / peralatan)
a) Merancang dan menyelaras sumber manusia sedia ada bagi aktiviti yang akan dilaksanakan.
b) Menganjurkan latihan kepada ahli-ahli COMBI dan masyarakat berkenaan kawalan dan pencegahan Denggi.
c) Memperoleh sumber kewangan dan mengurus pelaksanaan aktiviti COMBI.
d) Menyediakan peralatan dan kelengkapan yang mencukupi berdasarkan keperluan aktiviti.

2.5.4 Sumber Memperolehi Dana:
a) Social entrepreneurship – Jawatankuasa mengadakan penjualan seperti jumbo sales, car boot sales, jualan amal
b) Sumbangan komuniti / agensi swasta
c) Pemimpin masyarakat (ahli politik)
d) Kerajaan Negeri
e) Pihak Berkuasa Tempatan

3.0 Kesimpulan

Pasukan COMBI melaksanakan tanggungjawab mereka secara sukarela dan berperanan sebagai pengantara kepada pihak kementerian dengan komuniti. Di samping itu, COMBI juga bertindak sebagai penggerak komuniti di peringkat akar umbi. Kementerian amat menghargai usaha masyarakat khususnya pemimpin dan ahli-ahli COMBI yang telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan denggi. Pencapaian COMBI sebagai pasukan sukarelawan yang mampu mengerakan masyarakat untuk membanteras denggi memang sudah mendapat mengiktirafan dari pihak pengurusan atasan KKM.

Manual COMBI - Komuniti
.PDF  .AI

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter media youtube  rss