Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan
Malaysia ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan
sentiasa memantau sekiranya gejala masalah buah pinggang di kalangan
bayi akibat keracunan melamin mungkin berlaku seperti:
Bayi menangis tanpa sebab terutamanya ketika kencing
Muntah-muntah
Kencing berdarah (dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui mikroskop)
Kencing sedikit atau tidak kencing langsung
Keluar batu karang semasa kencing
Tekanan darah tinggi, sembab dan kesakitan bila terlanggar di bahagian ginjal
Tanda-tanda hasil dari komplikasi masalah ginjal seperti demam yang
tidak diketahui puncanya hasil dari jangkitan kuman/bakterimia atau
disebabkan oleh stasis (WHO)
Keadaan
seperti di atas jarang berlaku di kalangan kanak-kanak. Sekiranya
mengesyaki gejala ini di kalangan mereka, Y. Bhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan, perlulah melaporkan kepada ibu pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar segera.
Melapor Kes
Kes definisi untuk tujuan pelaporan adalah 'An infant with kidney stones or other kidney problems (e.g.
anuria, renal failure) having consumed powdered infant formula
produced in China before 6 August 2008, and where other potential
causes of kidney stones have been excluded by differentials diagnosis'-
INFOSAN Emergency Alert Update No.2
Semua
kes-kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dirujuk kepada pakar
pediatrik di hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Semua kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dilaporkan kepada:
Bilik Gerakan Kebangsaan CPRC
Bahagian Kawalan Penyakit
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya
Tel:03-88810200/300, 013-6699700
Fax: 03-88810400
Email: cprc@moh.gov.my