Diabetes
merupakan penyakit kronik yang boleh menyerang tanpa mengira peringkat
umur termasuk bayi, kanak-kanak atau remaja. Di kalangan kanak-kanak,
sekiranya penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal ia boleh
menyebabkan komplikasi yang teruk termasuklah kerosakan otak.
Kadangkala diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali tidak
diberi perhatian yang serius dan selalu di diagnosa sebagai selesema
atau dibiarkan sahaja.
Tanda
dan Gejala
Semua
pihak seperti ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan atau
mana-mana pihak yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak perlu
mengetahui dan peka kepada tanda-tanda penyakit diabetes. Di antara
tanda-tanda penyakit diabetes ialah:
Kerap
kencing terutama pada waktu malam
Sentiasa
dahaga
Sentiasa
lapar
Hilang
berat badan
Kelesuan
Hilang
tumpuan
Penglihatan
yang tidak jelas
Muntah-muntah
dan sakit perut
(Tanda-tanda
ini mungkin kurang atau tiada langsung di kalangan kanak-kanak
yang mengidap diabetes jenis II)
Apakah
Insulin
Insulin
ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang terletak
di belakang perut. Di dalam perut makanan yang dimakan akan ditukarkan
menjadi glukosa yang kemudiannya akan diserap ke dalam saluran
darah untuk digunakan oleh tubuh badan bagi mengeluarkan tenaga.
Bagi orang yang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki
sel badan dan menukarkannya menjadi tenaga.
Bagi
pesakit diabetes, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya
atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Akibatnya, glukosa
tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan terkumpul di dalam darah
yang kemudiannya menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga
melimpah ke dalam air kencing.
Diabetes
Jenis I dan II
Diabetes
Jenis I merupakan penyakit autoimmune yang tidak dapat dielakkan.
Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan hanya
boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
Dilaporkan terdapat 500,000 kanak-kanak di seluruh dunia mengidap
diabetes Jenis I ini.
Diabetes
Jenis II pula selalunya berlaku di kalangan orang yang berumur
40 tahun ke atas serta mengalami masalah berat badan berlebihan
atau mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Walau
bagaimanapun, masalah berat badan dan cara hidup sedentari di
kalangan kanak-kanak telah menyebabkan jumlah pesakit kanak-kanak
dengan Diabetes Jenis II meningkat. Penyakit ini hanya boleh dikawal
melalui pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman
serta ubat-ubatan.