Tidak lama lagi masyarakat Cina akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina. Pastinya, pelbagai jenis makanan akan disajikan kepada tetamu yang hadir. Namun begitu, dalam keghairahan kita menyediakan juadah, janganlah dilupakan aspek keselamatan makanan. Dengan memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.
Keracunan makanan boleh bermula daripada pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian hidangan serta penyimpanan semual makanan yang telah dimasak. Semua ini biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang dibeli awal dalam kuantiti yang banyak. Pengguna menggunakan alasan takut harga akan melambung tinggi, kekurangan bekalan bahan mentah dan tiada peniaga yang berniaga pada cuti perayaan.
Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur aduk dan tidak mengikut tatacara simpanan yang betul, bakteria boleh berpindah daripada makanan mentah kepada makanan yang telah dimasak, contohnya, melalui titisan air daging atau ayam yang menitik pada makanan tersebut.
Namun begitu, biskut raya dan kerepek seperti rempeyek dan maruku biasanya kurang risiko tercemar kerana makanan ini bersifat kering dan mudah disimpan.
Tips-tips keselamatan makanan:
Pengendalian bahan mentah
Makanan mentah yang dibeli tidak bertukar warna, berbau busuk atau berulat
Sayur-sayuran masih segar,tidak bertukar warna atau layu
Daging, ikan, ayam dan sebagainya dalam keadaan segar. Jangan pilih daging, ikan, ayam yang telah berbau, berubah warna atau berubah tekstur
Membeli makanan yang selamat
Baca label
Jangan terpedaya hanya dengan label yang menarik pada bungkusan makanan. Teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya
Pastikan makanan berada dalam keadaan baik dan belum tamat tarikh luput
Baca dengan teliti arahan cara penyimpanan pada label. Ini dapat mengelakkan makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh luput
Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam kotak atau tin jika:
Penutup kotaknya retak, terbuka, koyak atau bocor
Tin berkarat, mengelembung atau bocor
Rosak dalam apa jua bentuk
Tamat tarikh luput
Pengendalian makanan yang selamat
Pulang segera selepas membeli bahan mentah dan makanan yang mudah rosak untuk mengurangkan makanan tersebut terdedah lama pada suhu bilik
Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk di ruang yang sepatutnya dengan segera
Makanan mentah yang kering seperti laksa, beras dan sebagainya hendaklah disimpan dalam keadaan kering. Keadaan lembap sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat
Pastikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya diletakkan berjauhan daripada makanan yang telah dimasak. Ini bagi mengelakkan pencemaran silang daripada berlaku
Pastikan peralatan dibersihkan sebelum dan selepas digunakan
Pengendalian makanan yang telah dimasak
Simpan makanan pada suhu yang betul untuk mengelakkan pembiakan bakteria:
Makanan panas pada suhu yang panas
Makanan sejuk pada suhu yang sesuai
Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidangkan hendaklah disejukkan segera sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Jangan masukkan makanan panas ke dalam peti sejuk kerana ia akan meningkatkan suhu dalam peti sejuk
Jangan mencampur adukkan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam peti sejuk
Basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas penyediaan makanan
Panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO):
5 panduan makanan yang selamat
Jaga kebersihan
Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
Masak dengan cara yang betul
Simpan makanan pada suhu yang selamat
Gunakan air dan bahan mentah yang selamat
GUNAKAN DERIA ANDA DI TAHUN BARU CINA
Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai di Tahun Baru Cina, pada kebiasaaanya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis juadah. Walau bagaimanapun, juadah yang disediakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina boleh juga menjadi punca kepada keracunan makanan.
Untuk mengelakkannya, anda boleh mengamalkan konsep LIHAT, HIDU, RASA dalam membuat penilaian ringkas sama ada makanan tersebut masih elok atau telah basi.