Laman Utama Blog Peta Laman Hubungi Kami

Kempen Cara Hidup Sihat 1994

Anak Sihat Tonggak
Masa Depan Negara



 

Kempen Cara Hidup Sihat 1994 bertemakan Promosi Kesihatan Kanak-Kanak yang bertujuan meningkatkantaraf kesihatan melalui promosi kesihatan yang optima dalam penjagaan kesihatankanak- kanak.Tema yang dipilih bagi kempen ini ialah "Anak Sihat Tonggak Masa Depan Negara" adalah bertepatan dan melibatkanseluruh keluarga dan mempunyai komponen-komponen yang memerlukan tindakan individu serta ahli keluarga. Ini selaras dengan usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untukmencapai objektif Hari Kanak-Kanak Sedunia yang menekankan "pembangunan, survival dan perlindungan" kepada kanak-kanak.

Imunisasi

  1. Imunisasi melindungi kanak-kanak daripada lapan penyakit berbahaya iaitu hepatitis B, tibi, difteria, batuk kokol, tetanus, polio, campak dan rubella. Kanak-kanak yang diberi imunisasilebih berkemungkinan dijangkiti penyakit,mati atauhilang upaya.
  2. Imunisasi perlu disegerakan. Semua imunisasi primer perlu dilengkapkan sebelum kanak-kanak mencapai umur setahun. Setiap lawatan ke klinik kesihatan atau hospital mesti dimanfaatkan untuk mendapatkan imunisasi.
  3. Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak yang tidak sihat adalah selamat.
  4. Setiap wanita yang berumur antara 15 hingga 44 tahun mesti mendapat imunisasi tetanus yang lengkap.
  5. Setiap perempuan di antara 7 hingga 44 tahun perlu diberi imunisasi rubella.

Pertumbuhan Kanak-Kanak

  • Pertambahan berat badan yang teratur merupakan petunjuk yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun perlu kerap ditimbang bagi mengawasi pertumbuhan mereka.
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak bagi empat hingga enam bulan selepas dilahirkan.
  • Apabila mencapai umur empat hingga enam bulan bayi memerlukan makanan-makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu.
  • Bayi berumur lebih daripada enam bulan perlu makan makanan lima hingga enam kali sehari.
  • Semua kanak-kanak memerlukan makanan yang kaya dengan vitamin dan zat galian.
  • Setiap kali selepas sakit, seseorang kanak-kanak memerlukan makanan tambahan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang terganggu kerana penyakit.

Perkembangan Awal Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak mempelajari mengenai dunia melalui sentuhan,penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu.
  • Bercakap dengan kanak-kanak akan merangsangkan mereka untuk bercakap lebih.
  • Permainan menggalakkan pembelajaran.
  • Aktiviti harian perlu dimanfaatkan untuk mendidik kemahiran sosial.
  • Perhatian konsisten dan sama rata daripada ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
  • Pengesanan kecacatan di peringkat awal akan dapat menentukan tindakan yang awal juga.
  • Kemalangan
  • Pastikan rumah dan kawasan sekelilingnya selamat bagi melindungi kanak-kanak daripada terjatuh dan terluka.
  • Kanak-kanak mesti dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan elektrik.
  • Bahan-bahan beracun dan semua ubat-ubatan harus dijauhkan daripada dicapai oleh kanak-kanak.
  • Kanak-kanak mesti diajar agar tidak memasukkan sebarang objek kecil ke dalam mulut, telinga dan hidung.
  • Kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di tempat takungan air untukmengelakkan daripada lemas.
  • Kanak-kanak mesti diawasi semasa di jalan raya atau taman permainan