Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1996 ialah "Cegah Diabetes". Kempen ini meliputi beberapa aspek yang berkait rapat dengan cara hidup dan tingkahlaku individu dan masyarakat keseluruhannya. Bagi memudahkan intervensi pendidikan kesihatan, aspek pencegahan ini dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :
Pencegahan primer
- Mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan unggul
- Menggalakkan masyarakat mengamalkan senaman
- Menggalakkan pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi
Pencegahan sekunder
- Menggalakkan pengesanan awal dan mendapatkan rawatan segera.
Pencegahan tertiari
FOKUS
Kempen ini akan memberikan tumpuan utama kepada beberapa aspek seperti berikut;
Meningkatkan tahap pengetahuan. Mengenai pengetahuan umum
diabetes mellitus seperti apakah diabetes mellitus, penyebab diabetes
mellitus, tanda dan gejala, komplikasi dan tindakan yang perlu diambil.
-
Mengetahui tentang faktor-faktor risiko diabetes mellitus.
-
Mengetahui tentang julat berat badan unggul dan pengertian
"Body Mass Index" (BMI).
-
Mengetahui kaedah dan teknik mengurang dan mengekalkan berat
badan secara selamat.
-
Mengetahui serta berkemahiran untuk memilih dan menyediakan hidangan makanan yang sihat.
-
Mempunyai maklumat yang mencukupi bagi membuat pemilihan pemakanan yang sihat di rumah,tempat kerja dan sekolah.
-
Mempunyai maklumat mengenai jenis senaman (Physical activities) dan faedahnya kepada tubuh badan.
Kepentingan untuk berjumpa doktor segera jika tanda dan gejala berikut dikesan / dialami.
Maklumat dan kemahiran mengenai penjagaan diri sendiri dalam kontek pengurusan diabetes mellitus khususnya dalam aspek berikut;
|