
Penyebab
utama kematian di Malaysia adalah penyakit
kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit
jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir
30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia
disebabkan penyakit kardiovaskular.
Di antara punca utama kematian penyakit
kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang
merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara
kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh
utama diikuti dengan angin ahmar/strok
( 10.0 % )
Faktor
risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan
angin ahmar/strok adalah :
Pada
tahun 1995 hampir 95,000 orang telah dimasukkan ke
hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kadar
kemasukan kes kardiovaskular adalah hampir 500 orang
bagi setiap 100,000 penduduk, ini bermakna bagi setiap 1,000 orang, 5
orang akan dimasukkan ke hospital
kerajaan akibat penyakit kardiovaskular.
Penyakit
diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang
tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama
untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di
Malaysia juga telah meningkat dari 6.3 % pada tahun 1986 ke
8.2 % pada tahun 1996. Kos rawatan untuk penyakit diabetis
juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh
pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan
kebutaan.
Kanser
juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia ( 9.0 %
daripada keseluruhan kematian ). Kanser payudara juga
dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan
penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di
negara ini.
Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan
gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan
melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 di seluruh
negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia
yang aktif bersenam ( bersenam sekurang-kurang tiga kali
seminggu ). Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan
selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu.
Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita,
pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang
meningkat tua
MENCEGAH
PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN CARA
HIDUP
Elakkan daripada mengamalkan cara
hidup sedentari. Cara hidup sedentari akan
meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.
Cara
hidup sedentari merangkumi :
-
Gaya hidup yang tidak aktif.
-
Tidak mengamalkan senaman dengan tetap.
-
Banyak menghabiskan masa tanpa
pergerakan yang secukupnya.
-
Pekerjaan seharian yang tidak
banyak menggunakan tenaga atau keringat
|