Analisa Situasi
Kemalangan di negara ini seperti juga di kebanyakan negara yang lain berlaku di beberapa lokasi utama iaitu di jalan raya, di tempat kerja, di rumah dan di tempat rekreasi. Data-data yang diperolehi daripada beberapa sumber membuktikan hakikat ini.
Kecederaan Di Tempat Kerja
Kecederaan di tempat kerja merupakan satu komponen penting daripada sejumlah kecederaan yang boleh mengakibatkan kematian dan kecacatan selain kecederaan di jalan raya. Kecederaan di tempat kerja bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada majikan malahan kepada pekerja dan juga kepada negara. Jumlah kemalangan di kalangan pekerja setiap tahun yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Jabatan Buruh, pada keseluruhannya telah menurun sebanyak 7,626 atau 6.7% kepada 106, 508 (1996) berbanding dengan 114, 134 (1995). Dari jumlah kemalangan yang dilaporkan, 14, 771(13.9%) adalah kemalangan semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja
Kecederaan Di Rumah
Laporan kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua (1997) telah mencatatkan prevalen kemalangan di rumah sebanyak 2.5%. Negeri Sembilan mencatat prevalen yang tertinggi dengan kadar 8.6%. Kumpulan umur yang termuda (0-4 dan 5-9 tahun) dan kumpulan umur yang tertua (lebih daripada 80 tahun) mencatat prevalen kemalangan di rumah yang tertinggi (4%, 3.1% dan bagi setiap kumpulan umur). Manakala bagi tempat kemalangan yang dilaporkan, 31.6% responden menyebut halaman rumah, 26.7% menyatakan dapur dan 14.2% di ruang tamu. Pada puratanya 2.1 episod kecederaan dilaporkan dalam tempoh satu tahun yang lalu dari tarikh kajian (NHMS 11). Purata hari kehilangan keupayaan akibat kecederaan di rumah ialah 3 hari manakala hari kerja atau sekolah yang hilang ialah 2.5 hari.
Kecederaan Di Taman Permainan
Pada masa ini belum ada satu sistem pengawasan kebangsaan untuk mengumpulkan data mengenai kejadian kecederaan di tempat rekreasi. Tempat rekreasi merangkumi tempat-tempat atau kawasan aktiviti riadah, senaman dan rekreasi dan juga apa sahaja aktiviti yang memenuhi masa lapang serta menyeronokkan diadakan. Ini termasuk taman permainan, taman rekreasi, tempat-tempat perkelahan (pantai, air terjun, sungai, tasik dan sebagainya) dan tempat rekreasi awam. Kajian yang diadakan selama 3 bulan untuk mengumpulkan data mengenai kecederaan dari beberapa hospital dan klinik kesihatan (1996), mendapati bahawa 3181 kes kecederaan di tempat rekreasi yang mendapatkan rawatan daripada kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengikut kajian ini kecederaan di tempat rekreasi mempunyai bilangan kes yang keempat tertinggi (7%) selepas kecederaan di jalanraya, di rumah dan di tempat kerja.
Objektif
Kempen
Objektif Umum Untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat
dengan menggalakkan amalan-amalan keselamatan dan pencegahan
kecederaan di rumah, tempat kerja dan taman perumahan.
Penekanan
SKOP
Kecederaan
Di Tempat Kerja·
Untuk mewujudkan
persekitaran dan budaya kerja yang sihat dan selamat.
- Menekankan kemahiran dan keprihatinan majikan dan pekerja dalam mengenalpasti, menilai dan mengurus hazad dan risiko ditempat kerja.
- Menggalakkan amalan-amalan yang positif untuk menjamin kesihatan dan keselamatan serta bagi mengelakkan kemalangan ditempat kerja.
- Menggunakan alat-alat perlindungan peribadi yang dibekalkan dengan betul dan berkesan.· Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan CPR bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti.
- Menggalakkan amalan cara hidup sihat ke arah mewujudkan budaya kerja sihat dan selamat.
Kecederaan
Di Rumah
- Untuk mewujudkan satu
persekitaran di rumah yang selamat
bagi kanak-kanak. Ini meliputi semua aspek serta lokasi dalam dan
di luar rumah.
- Untuk meningkatkan
keupayaan ibubapa/penjaga bagi
mengenalpasti, menilai dan
mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan hazad dan
risiko kemalangan di
rumah.
- Untuk mempromosi latihan
dalam bidang CPR bagi menyelamatkan nyawa
kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan di rumah.
Kecederaan
Di Tempat Rekreasi
-
Untuk mewujudkan tempat
rekreasi yang selamat untuk semua penggunanya terutama di
kalangan kanak-kanak.
-
Menggalakkan cara penggunaan kemudahan rekreasi yang betul dan selamat.
-
Meningkatkan keupayaan untuk mengenalpasti, menilai dan mengambil langkah-langkah
untuk mengelakkan hazad dan risiko
kemalangan di tempat rekreasi.
-
Untuk mempromosi latihan
dalam bidang CPR.
|