Konsep
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti
-
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti merupakan satu
tempat yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan
dan kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills)
dikalangan peserta.
-
Pusat ini menyediakan peluang dan memberi faedah
kepada masyarakat sekitar bagi mencapai visi KKM.
-
Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan
Kesihatan dan dibantu oleh beberapa petugas sukarela yang mahir
dalam bidang berkaitan.Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat yang
dilatih akan menjadi faeder kepada pusat ini.
-
Perancangan serta penyeliaan pusat ini akan
dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang keanggotaanya
terdiri dari Pengerusi, Naib Pengerusi, Pengurus dan ahli jawatankuasa.
-
Program-program yang berbentuk latihan kemahiran
dan lain-lain akan disediakan secara
berjadual dan berkala.
-
Semua peserta akan didaftar sebagai ahli pusat dan
untuk tujuan tersebut kad ahli akan disediakan.
Objektif
pusat ini antara lain ialah :
-
Memberi peluang kepada masyarakat membina pengetahuan
dan kemahiran gaya hidup sihat.
-
Membimbing peserta mencapai matlamat ke arah
kesejahteraan.
-
Menanam kesedaran pentingnya menjaga dan
meningkatkan kesihatan.
-
Membentuk rangkaian individu yang bertindak
sebagai petugas penting (fasilitator) yang menyokong usaha promosi
kesihatan.
Tempat
Pusat akan ditempatkan di Unit Promosi Kesihatan Negeri dan
menggunakan kemudahan sedia dengan sedikit tambahan ruang
untuk menempatkan bilik latihan.
Peserta Tumpuan peserta program ialah :
Aktiviti Pusat
Latihan kemahiran gaya hidup sihat yang meliputi:
- Pengurusan tekanan dan relaksasi

- Pengurusan masa
- Bertegas diri (assertiveness)
- Keibubapaan berkesan
- Kecergasan
- Komunikasi
Penilaian tahap kesihatan yang meliputi:
- Penilaian kecergasan
- Tekanan darah
- Kandungan gula dalam darah
- Tahap kolesterol
- Body Mass Index
Aktiviti berkumpulan meliputi:
- Senaman arobik / Tai Chi / Regangan
- Masakan sihat
- Sukanika sihat ceria
Promosi
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.
 |
 |
 |
 |
 |
| Panduan Pelaksanaan PPKK |
Modul Makan Secara Sihat |
Modul Minda Sihat |
Modul Senaman dan aktiviti fizikal |
Modul berhenti Merokok |
|