Sejajar
dengan aspirasi Kementerian Kesihatan yang mempromosikan kehidupan
yang sihat dan cergas kepada semua lapisan masyarakat khususnya anggota
kesihatan, sebuah Gimnasium kesihatan telah diwujudkan yang terletak di
Bahagian Pendidikan Kesihatan. Gimnasium kesihatan ini telah mula
beroperasi pada bulan Mac 2008
Objektif penubuhan gimnasium ini adalah seperti berikut:
Membolehkan anggota kesihatan melakukan aktiviti fizikal selepas waktu bekerja
Menggalakkan anggota kesihatan memberi perhatian kepada diri supaya lebih sihat dan cergas
Mengeratkan hubungan di antara anggota kesihatan
Keahlian
adalah terbuka kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia di
Parcel E yang berdaftar Kelab Gimnasium. Gimnasium akan beroperasi pada
hari Isnin hingga Jumaat iaitu di antara jam 4.30 petang hingga 7.00
malam. Pengguna yang berdaftar hendaklah berada pada waktu luar pejabat
mengikut WP masing-masing. Pembayaran yuran sebanyak RM 10 – RM 20
berkemungkinan akan dikenakan namun ia masih belum ditetapkan oleh
pihak kelab.
Program
gimnasium ini dikendalikan secara profesional oleh instruktur yang
bertauliah. Instruktur turut bertanggungjawab untuk penyelenggaraan
peralatan, membentuk program sesuai, kad keahlian dan kesihatan,
bimbingan peralatan dan aktiviti, pemantauan keberkesanan dan
sebagainya. Antara peralatan senaman yang terdapat di Gimnasium ini
ialah:
Sport Treadmill (3 unit)
Pro Cross Traineer (2 unit)
Exercyle Bike (Blue Line) 1 (1 unit)
Pro Recumbent Bike (2unit)
Flat Bench (1 unit)
Olympic Bench Press (1 unit)
Olympic Weight (1 set)
Dumbell Chrome (1 set (10 pairs))
Cordless Mic (1 set)
Multistation 3 Stack ( 1 unit)
Waktu operasi adalah seperti di dalam jadual di bawah:
HARI
GILIRAN
AKTIVITI
ISNIN
WANITA SAHAJA
SESI KONSULTASI & AKTIVITI FIZIKAL
(4.30-7.00)
SELASA
LELAKI SAHAJA
SESI KONSULTASI & AKTIVITI FIZIKAL
(4.30-7.00)
RABU
WANITA SAHAJA
AEROBIK
(5.00-5.30)
“GROUP ABS EXERCISE”
(6.00-6.30)
KHAMIS
LELAKI SAHAJA
“GROUP ABS EXERCISE”
(5.00-5.30)
“STRENGHT TRAINING”
(6.00-6.30)
JUMAAT
TERBUKA UNTUK LELAKI DAN WANITA
“WEIGHT TRAINING”
(5.00-5.30)
AEROBIK
(5.00-5.30)
Diantara peralatan senaman yang disediakan di Gimnasium ini adalah sepertri berikut;