Dimaklumkan bahawa pelaksanaan kaedah CPD-PTK bagi semua skim perkhidmatan di bawah Sains Kesihatan Bersekutu telah dimulakan pada tahun 2010. Semua Pegawai Pendidikan Kesihatan adalah diwajibkan untuk mendaftar di laman web www.mycpd.moh.gov.my selewat-lewatnya bulan Mac 2010 bagi tujuan pengumpulan mata CPD-PTK. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai bagi memastikan semua aktiviti yang layak diberikan mata CPD-PTK yang dihadiri atau dilakukan oleh mereka dimasukkan ke dalam buku log online masing-masing.
Tuan/Puan juga dinasihatkan membaca manual pelaksanaan CPD-PTK yang terdapat di laman web www.mycpd.moh.gov.my. Sila hubungi Pn. Siti Sarah bt. Mohamed, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu di talian 03-88831088 atau email : sarah@moh.gov.my bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan CPD-PTK ini.