Untuk makluman tuan/puan Kementerian Kesihatan melalui Cawangan Penggubalan Akta, Bahagian Amalan Perubatan dan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu sedang dalam proses untuk menyiapkan deraf Allied Health Professional Act. Deraf akta ini dijangka akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk semakan terakhir sebelum dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada awal tahun 2010. Melalui deraf akta ini Pegawai Pendidikan Kesihatan telah dimasukkan di bawah profession Allied Health Professional.
Mesyuarat jawatankuasa Pembentukan deraf Akta Allied Health Professional Bil 4/2009 telah membuat keputusan mengenai format yang perlu diikuti oleh semua profession bagi mendefinisikan profesion mereka untuk dimuatkan ke dalam Allied Health Professional Act. Berikut adalah deraf definisi jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan yang telah dipersetujui semasa mesyuarat.
Tuan/Puan dipohon memberikan maklumbalas mengenai elemen-elemen yang perlu dimasukan dalam definisi jawatan tersebut dengan segera untuk dimuktamadkan dan dimuatkan kedalam deraf akta berkenaan.
Maklumbalas boleh di e-melkan kepada:
En. Azman b. Mohammed (azmanmohd@moh.gov.my)
En. Ahmad Shahrul Nizam bin Isa @ Isha (shaznizam@gmail.com)