Laman Utama Blog Peta Laman Hubungi Kami
Bookmark and Share  
K
Dewasa
Kanser Mulut |

Kanser Payudara |

Kanser Serviks |

Kecederaan |

Kecelaruan Manik |

Keganasan Rumahtangga |

Keganasan |

Kemahiran Keibubapaan |

Kembung Perut |

Kemurungan |

Keracunan |

Keresahan |

Kerosakan Gigi |

Kesihatan Mental Am |

Kesihatan mental Pekerja |

Korona & Jejambat |

Kusta |

Pergigian

Kanser mulut |

Karies Gigi |

Ketidakselesaan |

Karies Gigi - Kanak-kanak |

Kanak-kanak

Kebimbangan dan Ketakutan |

Kecacatan Jantung |

Kecederaan Gigi |

Kecelaruan Hiperaktif |

Kecelaruan Konvensi |

Kecelaruan Manik |

Kecil Dari Usia Kandungan |

Keengganan untuk makan |

Kehamilan dan Ubat-ubatan |

Kekuningan Bayi |

Kembung Perut |

Kemurungan |

Kencing Malam |

Keracunan |

Keselamatan T.Permainan |

Keselamatan Jalanraya |

Kesihatan Pergigian Yang Baik |

Ketuat |

Kudis Buta |

Kurang Pendengaran |

Kesihatan Mental

Kebimbangan - Mental |

Kebolehan hadapi Perubahan |

Kecelaruan gaya pemakanan |

Kelakuan Mencederakan Diri |

Kemahiran Keibubapaan |

Kemurungan - Mental |

Kepintaran & kesihatan rohani |

Keresahan - Mental |

Kesan psikologi cedera otak |

Kesihatan Mental Am |

Kesihatan Mental Pekerja |

Ketum - Mental |

Komunikasi dengan remaja |

Pemakanan

Keengganan makan |

Kekurangan Berat Badan |

Kekurangan Zat Makanan |

Keperluan Pemakanan Remaja |

Remaja

Kanta Sentuh |

Kebimbangan |

Kebonjolan di Leher |

Kecederaan Gigi |

Kecederaan Semasa Bersukan |

Kecelaruan Konvensi |

Keganasan |

Keguguran |

Kehamilan |

Keinginan & kawalan Seksual |

Kekurangan Berat Badan |

Kekurangan Zat Makanan |

Kelahiran |

Kelakuan Mencederakan Diri |

Kelemumur |

Kemahiran Berkomunikasi |

Kemahiran Berunding |

Kemahiran Sosial |

Kematangan Seksual |

Kemurungan |

Keperluan Pemakanan |

Kepintaran dan IQ |

Kerosakan Gigi |

Kesedaran Kendiri |

Ketegasan |

Ketenangan |

Keterampilan Diri |

Ketuat Genital |

Keyakinan Diri |

Komunikasi |

Kontraseptif |

Kulit Sihat dan Cantik |

Ubat

Kaunseling Methylphenidate |

Kehamilan dan Ubat-ubatan |

Kehamilan, Penyusuan&Ubat |

Kudis Buta |

Warga Emas

Kecergasan |

Kencing Manis |

Keperluan Kesihatan Lain |

Kudis Tekanan |

 

Kemurungan

Apakah itu kemurungan?
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:

  • Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
  • Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
    • Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
  • Penyakit kronik
    • Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
  • Ciri-ciri peribadi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
    • Contoh: Steroid, ubat cegah kanser

Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?
Ciri-ciri kemurungan termasuklah:

  • Sentiasa sedih dan menangis
  • Mudah tersinggung
  • Tidak bermaya
  • Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
  • Rasa bersalah yang tidak menentu
  • Sakit - sakit badan
  • Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
    • Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
  • Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
  • Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri

Bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?
Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:

  • Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti
    • Ibu bapa
    • Ahli keluarga yang dipercayai
    • Kaunselor sekolah
    • Guru agama
  • Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan
    • Mendengar
    • Menghibur hati
    • Menasihati

ATAU
Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

  • Doktor
  • Ahli Psikologi
  • Pakar Psikiatri

"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan diberikan?
Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:

  • Kesan ke atas fizikal. Contoh:
    • Masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
    • Gangguan kitaran haid
    • Anemia
  • Kesan ke atas Psikologi. Contoh:
    • Perasaan rendah diri
    • Risiko untuk bunuh diri
  • Kesan ke atas sosial. Contoh :
    • Pencapaian sekolah yang lemah
    • Ponteng
    • Penyalahgunaan dadah atau minuman keras

Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?
Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan"

Semakan akhir: 14 Julai 2006