|
|
|
Hiperkolesterolemia
Objektif Pengurusan Pemakanan :
- Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
- Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung
3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol
1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
2. Kurangkan pengambilan lemak
3. Tingkatkan pengambilan serat
1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
- Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
- Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
- Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
- Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .
- Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik.
2. Kurangkan Pengambilan Lemak
- Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
- Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
- Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
- Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
- Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia
3. Tingkatkan Pengambilan Serat
- Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
- Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.
Jenis-jenis lemak
Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.
Lemak Tepu
- Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
- Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
- Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Lemak Tidak Tepu
- Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
- Kebiasaanya daripada tumbuhan
Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :
- Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
- Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.
Nama lain bagi lemak - trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling, cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat ( lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.
Jadual Kandungan Kolesterol Dalam Makanan
| Kandungan kolesterol dalam beberapa jenis makanan |
Jenis Makanan (100 g) |
Kandungan Kolesterol.
(mg) |
Jenis Makanan (100 g) |
Kandungan Kolesterol.
(mg) |
Organ haiwan |
|
Susu dan Hasil tenusu |
|
Otak - khinzir |
800 |
Mentega ('Butter') |
120 |
Ginjal - kambing |
375 |
Krim - Pekat |
133 |
Hati - biri-biri |
300 |
Krim - cair |
113 |
Hati - khinzir |
180 |
Whipped Topping |
85 |
Jantung |
150 |
Krim masam |
66 |
Daging,ayam,itiks |
|
Keju |
90 |
Ayam belanda - daging hitam |
101 |
Keju Cottage - krim |
19 |
Ayam belanda - daging putih |
77 |
Keju Cottage - tanpa krim |
7 |
Ayam |
85 |
Keju berkrim |
111 |
Biri-biri |
70 |
Sapuan Keju |
64 |
Khinzir - dengan lemak |
63 |
Susu cair |
31 |
Khinzir - tanpa lemak |
50 |
Susu tepung penuh krim |
105 |
Kambing |
55 |
Susu skim ( tanpa lemak ) |
22 |
Lembu |
45 |
Lemak |
|
Ikan dan Makanan Laut |
|
Lemak babi |
95 |
Ikan bilis dengan kepala |
383 |
Mayones |
70 |
Ikan bilis tanpa kepala |
58 |
Lain-lain |
|
Udang - kering |
353 |
Rendang hati |
215 |
Udang - segar |
130 |
Mee goreng mamak |
160 |
Sotong |
120 |
Tosei dengan telur |
85 |
Ketam |
100 |
Sambal udang |
79 |
Tiram |
50 |
Kuew Teow Goreng kerang |
64 |
Kerang |
45 |
Lup Heong |
56 |
Telur ikan |
300 |
Satay |
55 |
Sardin dalam minyak (dalam tin) |
140 |
Nasi Goreng |
48 |
Ikan kembung |
35 |
Kari kambing |
47 |
Ikan Kurau |
4 |
Pau- tai paw |
56 |
Ikan Tenggiri |
3 |
Pau - char siew |
13 |
Telur |
|
Nasi Ayam |
14 |
Telur ayam ( kuning ) |
1480 |
Nasi Beriyani |
11 |
Telur ayam ( putih sahaja) |
0 |
Nasi Char Siew |
11 |
Telur Itik |
850 |
Laksa kari |
7 |
Telur puyuh |
415 |
|
|
Semakan akhir : 14 Julai 2006 |