HePiLI

           Pengenalan HePiLI

Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan yang mana semua program yang melibatkan institusi pendidikan telah diletakkan di bawah sektor yang sama. Program-program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah/tabika hingga institusi pengajian tinggi bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan, membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik. 

Berikut adalah program-program di bawah HePiLI:

  • Program Tunas Doktor Muda (TDM) untuk kanak-kanak Pra sekolah dan Tabika.
  • Program Doktor Muda (KDM)  untuk murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah
  • Program IMFree untuk murid tahun 1 sekolah rendah
  • Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk murid tingkatan 1 sekolah menengah
  • Program Siswa Sihat (PROSIS) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

 

           Tekan untuk akses E-book

Pengenalan:

Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan siswa/i Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengamalkan cara hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di beberapa Universiti Awam yang terpilih sahaja namun kini telah diperluaskan ke Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru. Sehingga Jun 2017, sebanyak 38 buah IPT telah memulakan program ini di seluruh negeri.

Perjalanan PROSIS:
2011:

Mula dilaksanakan secara rintis di 4 IPT :

  • UUM
  • UKM
  • UMT
  • UMS
2012: Perluasan ke universiti-universiti awam.
2016: Perluasan ke university swasta, kolej matrikulasi, politeknik, kolej komuniti, dan institusi perguruan.

Konsep:

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan ‘Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa’

Objektif:

Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.

Tema:

"Siswa Sihat, Siswa Cergas".

 

Modul HePiLI : Program Siswa Sihat (PROSIS)
.PDF
     
Pengenalan:

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.

Bagaimana ia bermula?
2014: Mesyuarat melibatkan KKM dan KPM bagi pembentukan dan pelaksanaan program Tak Nak Merokok kepada kanak-kanak dan murid sekolah.
2015: Training of Trainers (TOT) Peringkat Kebangsaan kepada guru IMFree sekolah rintis.
2016: Pelaksanaan di 36 buah sekolah rintis di seluruh Negara.
2017: Pelancaran Program IMFree di SK Sg Pinang, Balik pulau, Pulau Pinang.

Tujuan Program:

Murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

Matlamat Program:

Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025.

Objektif:
  • Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
  • Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
  • Melatih murid sebagai agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

Tahun 1

Modul HePiLI : Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 1
.PDF

Modul HePiLI : Pakej Program IMFree
.PDF

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 1
.PDF
 

Tahun 2

Modul HePiLI : Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 2
.PDF

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 2
.PDF
 

Tahun 3

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti dan Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 3
.PDF
   
Pengenalan:

Program intervensi yang berfokus untuk meningkatkan resilien murid dan seterusnya mengurangkan peratusan murid yang terlibat dalam tingkah laku berisiko. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Universiti Malaysia sarawak (UNIMAS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengenalan:

Tunas Doktor Muda (TDM) dilaksanakan di peringkat prasekolah dan tabika dengan memfokuskan kepada kemahiran asas kesihatan untuk kanak-kanak. Program promosi kesihatan di tabika (KEMAS) dan Prasekolah (KPM) dalam kalangan murid berumur 5 dan 6 tahun. Terdapat 5 tingkah laku yang harus dicapai iaitu :

  • Membasuh tangan dengan betul.
  • Menggosok gigi dengan betul.
  • Makan buah dan sayur.
  • Membuang sampah di tempat yang betul.
  • Tahu mengenai sentuhan OK dan Tak OK.
Perkembangan Tunas Doktor Muda
2014: Pelaksanaan program secara rintis di tabika KEMAS.
2015: Pelaksanaan program secara rintis di prasekolah KPM.
2016: Diperluaskan di tabika KEMAS dan prasekolah KPM seluruh negara.

 

Modul HePiLI : Pra Sekolah dan Tabika
.PDF

Jom Berus Gigi Dengan Betul
.PDF

Pilih Makanan Yang Sihat
.PDF

Membuang Sampah Di Tempat Yang Betul
.PDF

Gigiku Bersih
.PDF

Aktif dan Ceria
.PDF

Sentuhan Ok Tak Ok
.PDF
Pengenalan:

Program Doktor Muda merupakan sebuah program pemerkasaan murid sekolah yang berperanan sebagai agen bagi mempromosikan cara hidup sihat kepada rakan sebaya, warga sekolah, dan ahli keluarga.

Evolusi Kelab Doktor Muda
1989: Program Doktor Muda mula diperkenalkan di SK Seri Biram, Pahang.
2006: Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
2012: Perluasan Kelab Doktor Muda ke Sekolah Menengah.
2015: Meneruskan kesinambungan Kelab Doktor Muda Program Kesihatan Integrasi (PPKI).
2018: Kelab Doktor Muda diperkenalkan di sekolah Murid Orang Asli.

Objektif:
  • Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  • Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  • Mempertingkat kerjasama amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti Kelab Doktor Muda:
  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya, warga sekolah dan ibu bapa.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.

 

Modul HePiLI : Pendidikan Khas Sekolah Rendah
.PDF

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4
.PDF

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Orang Asli
.PDF

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
.PDF

Kad Kilauan Sihat
.PDF

Permainan

Komik/Majalah

Tip Pemakaian Penutup Mulut dan Hidung (Mask)
.Ai

Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Face Shield)
.Ai

Etika Batuk & Bersin
.PDF

Amalkan Cara Cuci Tangan Yang Betul
.Ai

Langkah Cuci Tangan Menggunakan Hand Sanitizer
.Ai

Vaksinasi COVID-19 Perlindungan Untuk Remaja
.Ai

Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Cara Mendaftar Untuk Program Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Proses Aliran Program Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Pemberian Vaksin COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12 Hingga 17 Tahun
.Ai

Persediaan Ke Pusat Pemberian Vaksin (Remaja)
.Ai

Norma Baharu Di Sekolah : Saranan Kepada Ibu Bapa
.Ai

Gejala COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - 1
.Ai

Gejala COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - 2
.Ai

Anak Anda Kontak COVID-19 Jika
.Ai

Anak Anda Kontak COVID-19?
.Ai

Anak Anda Mempunyai Gejala COVID-19?
.Ai

Norma Baharu Di Sekolah :
Saranan Kepada Warga Sekolah

.Ai

Norma Baharu Di Sekolah :
Saranan Kepada Pengusaha Kantin

.Ai

Peranan Guru/Pentadbir Sekolah Sekiranya Murid Bergejala Atau Menjadi Kontak Kes COVID-19
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 1
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 2
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 3
.Ai

Saranan Aktiviti Fizikal Bagi Umur 5-17 Tahun
.Ai

Jom Kawan-kawan Kita Aktif Sekarang!
.Ai

Pastikan Ambil Cukup Buah Dan Sayur Setiap Hari
.Ai

"Snacking" di rumah?
.Ai

Tip Penjagaan Kesihatan Mental Kendiri di Rumah
.Ai

Terus Patuhi SOP Walaupun Telah Lengkap Divaksinasi
.Ai

Ingat Kita Masih Perlu Patuhi SOP COVID-19
.Ai .PSD

Terus Patuhi SOP
.Ai

 

 

 

 

 

 

 Kemaskini pada 23 Jun 2022

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss