kesilapan

Modules Anywhere cannot function. Regular Labs Library plugin is not installed.

COVID-19

 

TATACARA PENILAIAN KESIHATAN KENDIRI

Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:

  • Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk berehat di rumah;
  • Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;
  • Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
  • Amalkan adab batuk yang baik;
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain.

Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana tanda dan gejala seperti berikut:

  • Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula selepas 3 hari
  • Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada yang berterusan

Jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas, segera:
Dapatkan rawatan di: _______________________________
atau
Buat panggilan ke nombor: ___________________________

  • Pergi dapatkan rawatan dengan menggunakan kenderaan persendirian; atau
  • Jika perkhidmatan ambulan diperlukan, sila dail 999 untuk bantuan.

*Perhatian: Sila simpan kad ini bersama anda dan serahkan kepada mana-mana fasiliti kesihatan yang anda kunjungi. Kad ini perlu disimpan selama 14 hari dari tarikh ia diberikan kepada anda.

Kepada Pengamal Perubatan Yang Merawat Pesakit Ini
Individu yang membawa kad ini adalah merupakan penumpang atau anak kapal yang baru pulang dari Wuhan, China atau negara yang mengalami penularan aktif jangkitan (dalam tempoh 14 hari yang lepas). Jika anda mendapati beliau mengalami gejala seperti demam (≥38°C), radang paru-paru atau jangkitan respiratori serius dengan susah bernafas, sila rujuk ke hospital yang berhampiran dengan SEGERA.

UNTUK KEGUNAAN RUMAH IBADAT DI NEGERI

Seperti yang kita sedia maklum, kita dikejutkan dengan penularan wabak penyakit Coronavirus (COVID-19) yang bermula di wilayah Wuhan, China dan kini telah tersebar ke 30 buah negara di dunia termasuk Negara kita Malaysia. Ketika teks ini ditulis, seramai 79,339 kes yang telah dicatatkan di seluruh dunia dengan 2,619 kematian. Negara kita telah mencatatkan seramai 22 kes yang telah didapati positif dan telah mendapat rawatan di hospital kerajaan. Tiada kematian dilaporkan di Malaysia.

COVID-19 adalah spesis baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkita salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012.

Jangkitan coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit. Biasanya gejala bagi penyakit ini adalah demam, batuk dan sukar bernafas. COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan seterusnya boleh menyebabkan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.
Justeru itu, sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar kita mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama: Sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik

Kedua: Amalkan kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer

Ketiga: Sentiasa menutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika batuk dan bersin dan buang tisu yang tercemar dalam tong sampah.

Keempat: Tangguhkan lawatan ke Negara-negara yang dijangkiti wabak

Kepada individu yang bergejala perlulah:-

Pertama: Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. dan buang tisu dalam tong sampah.

Kedua: Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang yang sihat

Ketiga: Guna penutup mulut dan hidung (mask)

Keempat: Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer.

Kelima: Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala (demam, batuk/bersin dan sesak nafas). Letakkan tanda tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman atau bersentuhan.

Keenam: Dapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa terutamanya KKM dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat.

 

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kemaskini pada 17 November 2022

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss