Hari
Kesihatan Sedunia akan disambut pada 7 April 2007.
1.
PENGENALAN
Setiap
tahun seluruh dunia menyambut Hari Kesihatan. Sembutannya adalah
pada setiap 7hb April dengan tema yang berbeza pada setiap tahun.
Sambutan diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
mengenai isu-isu kesihatan global yang khusus.
2.
TEMA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2007
Tema hari kesihatan sedunia pada tahun ini adalah “Keselamatan
kesihatan antarabangsa” (international health security)
manakala slogan Hari Kesihatan Sedunia adalah ‘Invest
in health, build a safer future’ yang bermaksud “Melabur
dalam kesihatan, bina masa depan yang lebih selamat”.
Hari Kesihatan Sedunia 2007 memberi penekanan terhadap keperluan
untuk mengukuhkan sistem kesihatan dan membangunkan modal insan
bagi membolehkan masyarakat di semua peringkat menangani risiko
serta krisis kesihatan awam dengan lebih berkesan.
Perubahan cuaca, bencana alam, pendedahan kepada bahan kimia
dan nuklear, bioterrorism, kemunculan semula penyakit dan kejadian
penyakit berjangkit yang berulang–ulang dan bersifat epidemik,
seperti SARS dan selesema burung, termasuk jangkitan HIV/AIDS,
serta lain-lain ancaman kesihatan boleh didefinasikan sebagai
krisis kesihatan awam. Ia berpotensi menggugat keselamatan kesihatan
awam sehingga ke peringkat antarabangsa, yang boleh menggugat
nyawa manusia dan ekonomi seluruh dunia.
Apabila
isu keselamatan kesihatan awam menjadi tumpuan di peringkat
global, satu mekanisme penyelarasan antarabangsa yang berkesan
diperlukan sepertimana yang pernah dunia lakukan semasa kejadian
tsunami dan wabak SARS. Oleh itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
menggesa semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, pertubuhan
bukan kerajaan dan sektor swasta untuk memperkukuhkan sistem
kesihatan awam.
3.
OBJEKTIF SAMBUTAN
3.1
Meningkatkan kesedaran mengenai krisis kesihatan awam seperti
perubahan cuaca, bencana alam, pendedahan kepada bahan kimia
dan nuklear, bioterrorism, kemunculan semula penyakit dan kejadian
penyakit berjangkit yang berulang–ulang dan bersifat epidemik,
seperti SARS dan selesema burung, termasuk jangkitan HIV/AIDS,
serta lain-lain ancaman kesihatan.
3.2 Memberi penekanan terhadap keperluan untuk mengenal dan
menangani risiko serta krisis kesihatan awam dengan lebih berkesan.
3.3
Menggesa semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, pertubuhan
bukan kerajaan dan sektor swasta untuk memperkukuhkan sistem
kesihatan awam melalui pembangunan modal insan.
4.
AKTIVITI-AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2007
Bagi
menyokong sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2007, berbagai aktiviti-aktiviti
boleh dilaksanakan termasuk latihan simulasi, forum antara institusi
serta pameran bagi meningkatkan kesedaran semua pihak.
5.
PENUTUP
Sambutan yang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada wadah
untuk mencapai objektif umum seperti yang telah digariskan.
Keperluan untuk mengukuhkan sistem kesihatan dan membangunkan
modal insan bagi membolehkan masyarakat di semua peringkat menangani
risiko serta krisis kesihatan awam dengan lebih berkesan perlu
dipertingkatkan di semua peringkat. Oleh itu, kerjasama daripada
pelbagai pihak dalam menjayakan sambutan Hari Kesihatan Sedunia
2007 di setiap peringkat amat diperlukan.