KONSEP PUSAT PROMOSI KESIHATAN KOMUNITI
- Kemudahan untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan yang lebih komprehensif, intensif dan terancang dengan fokus untuk meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran amalan cara hidup sihat di kalangan kumpulan sasar.
TUJUAN
- Menjalankan aktiviti pendidikan dan latihan kepada komuniti untuk meningkatkan pengetahuan, memberi kemahiran dan mengubah sikap berkaitan dengan cara hidup sihat.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
- Konsep mewujudkan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) telah dipersetujui oleh Mesyuarat Exco, Jabatan Kesihatan Awam KKM pada 8 Ogos 2003.
- PPKK pertama ditubuhkan sebagai Projek Rintis adalah di Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang pada tahun 2004.
- Pada 2006 sejumlah peruntukan telah diluluskan untuk menubuhkan PPKK di enam (6) negeri bagi fasa pertama iaitu di Sabah, Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah dan Selangor (Cadangan RMK10)
KONSEP DAN PELAKSANAAN
KUMPULAN SASAR
Komuniti setempat di mana pusat ini ditubuhkan (golongan remaja, suri rumahtangga, warga emas termasuk golongan pekerja).
SKOP
Menekankan elemen Cara Hidup Sihat iaitu; lakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat, tidak merokok dan tangani stres dengan bijak
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
- Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK)
- Pemeriksaan kesihatan
- Ceramah kesihatan & Demonstrasi
- Khidmat Kaunseling
- Latihan Kemahiran Cara Hidup Sihat khususnya aktiviti fizikal, makan secara sihat, berhenti merokok dan menangani stres
- Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK)
- Pemeriksaan kesihatan
- Ceramah kesihatan & Demonstrasi
- Khidmat Kaunseling
- Latihan Kemahiran Cara Hidup Sihat khususnya aktiviti fizikal, makan secara sihat, berhenti merokok dan menangani stres
Senarai Pusat Promosi Kesihatan Komunit (PPKK)
- PPKK UTC Perlis
- PPKK Alor Setar
- PPKK Seberang Jaya
- PPKK Sungai Dua
- PPKK KK Buntong
- PPKK Bangi
- PPKK Sungai Besar
- PPKK Telok Datok
- PPKK Kuala Sawah
- PPKK Masjid Tanah
- PPKK Merlimau
- PPKK Batu Pahat
- PPKK UTC Kota Bharu
- PPKK Kerteh
- PPKK Purun
- PPKK Pekan
- PPKK Sadong Jaya
- PPKK Keningau
- PPKK Kudat
- PPKK Putatan
- PPKK PKD Putrajaya
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di ppkk di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPKK di tempat mereka tinggal.
PROMOSI
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.
![]() |
![]() |
![]() |
|
Logo PPKK | Modul Makan Secara Sihat | Modul Minda Sihat | Modul Senaman dan Aktiviti Fizikal |
![]() |
![]() |
||
Panduan Pelaksanaan PPKK | Modul Berhenti Merokok | Infografik | Intervensi Pengurusan Berat Badan |