Maklumat COMBI

COMBI adalah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”.

Diperkenalkan di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia.

Merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat.

Matlamat:

Objektif:

Sejarah Penubuhan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan pelbagai intervensi media massa dan tindakan berasaskan komuniti untuk mencegah dan mengawal demam denggi. Pada tahun 2001, satu pendekatan inovatif untuk merancang dan melaksanakan mobilisasi sosial, yang dikenali sebagai Communication for Behavioural Impact (COMBI) atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku, telah diperkenalkan di Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim dengan bantuan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Hasil daripada pemantauan dan penilaian intensif menunjukkan bahawa projek rintis ini telah menyumbang kepada hasil tingkah laku yang positif di Johor Bahru. COMBI kini telah diguna pakai sebagai pendekatan nasional untuk mobilisasi sosial dan komunikasi untuk pencegahan dan kawalan demam denggi.

Rasional Logo

Konsep:

Keseluruhan logo adalah ringkas dan mudah diingati. Kotak hitam segi berbucu bulat melambangkan keterangkuman iaitu komuniti melibatkan semua peringkat umur dalam menangani denggi. 3 bentuk empat segi berbucu bulat mewakili figura melambangkan penyertaan aktif komuniti dengan satu matlamat untuk menangani denggi.

Warna Biru:

Memberi makna semangat kekeluargaan, keprihatinan dan saling tolong menolong antara sesama ahli dalam komuniti dengan memupuk nilai-nilai murni dan komited dalam memberi sumbangan yang terbaik secara kolektif untuk kesejahteraan hidup.

Warna Putih:

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kejujuran agar aktiviti COMBI yang diadakan dalam setiap komuniti berjaya membebaskan komuniti dari denggi.

Warna Merah:

Melambangkan semangat dan sikap positif dalam menjayakan COMBI..

Warna Kuning:

Melambangkan kepekaan komuniti dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan mewujudkan COMBI.

Bulatan dan Nyamuk:

Melambangkan penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes (source reduction) sebagai fokus utama dalam menangani denggi.

Infomasi COMBI

Penubuhan COMBI

Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:

  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak sama ada;
    • Wabak berulang.
    • Wabak tidak terkawal.
  • Lokaliti wabak.
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes.
  • Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi.
  • Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI.
    • Bagi mana-mana lokaliti yang berminat untuk menubuhkan projek COMBI, sila rujuk Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
Peranan Ahli COMBI
  • Mengingatkan penduduk di lokaliti masing-masing supaya menjalankan pemeriksaan di rumah masing-masing.
  • Menggerakkan masyarakat setempat membuat pemeriksaan, gotong-royong dan aktiviti cari dan musnah di kawasan rumah masing-masing.
  • Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan.
  • Mengingatkan penduduk di lokaliti masing-masing supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan jika mengalami tanda dan gejala demam denggi.
Aktiviti COMBI

Aktiviti pendidikan kesihatan yang dilaksanakan oleh ahli COMBI seperti :

  • Gotong-royong /cari dan musnah.
  • Ceramah.
  • Hebahan awam.
  • Edaran risalah.
  • Penampalan poster.
  • Media luar.
  • Perbincangan kumpulan kecil.
  • Nasihat individu.
  • Tunjuk cara.
  • Town Hall Meeting.
  • Libat urus.
  • Pondok panas.
Pusat COMBI
  • Terdapat satu pusat COMBI yang telah diwujudkan iaitu di COMBI Teluk Panglima Garang di mana ia menjadi sumber rujukan kepada ahli COMBI yang lain dalam mewujudkan lebih banyak pusat COMBI.
  • Bagi COMBI di negeri lain menggunakan bangunan secara gunasama untuk dijadikan pusat COMBI bagi negeri masing-masing.

Konvensyen COMBI

Objektif Penganjuran Konvensyen
  • Memberi peluang kepada pasukan COMBI membentangkan projek berinovasi yang dilaksanakan di komuniti bagi menangani denggi.
  • Menyediakan wadah untuk membolehkan ahli-ahli COMBI berkongsi pengalaman melalui projek inovasi dalam menangani isu denggi.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan di atas sumbangan dan usaha-usaha pasukan COMBI dalam pencegahan dan kawalan denggi.
  • Menyediakan peluang kepada ahli-ahli COMBI berinteraksi dengan pemimpin dan anggota kesihatan.
Sejarah Penganjuran Konvensyen COMBI Kebangsaan
2011

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2012 Selangor
2013 Pahang
2015 Negeri Sembilan (Simposium)
2016 Johor
2019 Perak

Video

Cari dan Musnah
     
Denggi
     

Bilangan Lokaliti / Pasukan COMBI

2022

Januari
.PDF

Februari
.PDF

Mac
.PDF

April
.PDF

Mei
.PDF

Jun
.PDF

Julai
.PDF

Ogos
.PDF

Cetak