Wellness Hub

WELLNESS HUB
Satu infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat sebagai salah satu strategi dalam menggalakkan  komuniti mengamalkan cara hidup sihat bagi mencapai kesejahteraan hidup.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

  • Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) telah dipersetujui oleh Mesyuarat Exco, Jabatan Kesihatan Awam KKM pada 8 Ogos 2003.
  • PPKK pertama ditubuhkan sebagai Projek Rintis adalah di Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang pada tahun 2004.
  • Pada 2006 sejumlah peruntukan telah diluluskan untuk menubuhkan PPKK di enam negeri bagi fasa pertama iaitu di Sabah, Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah dan Selangor (Cadangan RMK10)
  • Bermula 1 April 2020, Pusat Promosi Kesihatan Komuniti dikenali sebagai Wellness Hub. Sehingga 2020, terdapat 27 Wellness Hub seluruh negara.

MATLAMAT
Membentuk rangkaian komuniti yang bertindak sebagai penasihat / pendukung kesihatan yang menyokong usaha membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan komuniti.

SKOP
Skop Wellness Hub meliputi lima (5) elemen amalan cara hidup sihat iaitu:
i) Senaman dan Kecergasan Fizikal
ii) Makan Secara Sihat
iii) Berhenti Merokok
iv) Minda Sihat
v) Pengurusan Berat Badan (IFitEr)

KUMPULAN SASAR
Komuniti setempat seperti golongan remaja, suri rumahtangga, warga emas termasuk golongan pekerja.

PERKHIDMATAN DI BAWAH KONSEP WELLNESS HUB

1) Penilaian Kesihatan

  • Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK)
  • Penilaian literasi kesihatan

2) Pakej Kemahiran Cara Hidup Sihat
i. Aktiviti Fizikal/ Senaman

  • Ujian kecergasan
  • Aktiviti fizikal berstruktur
  • Teknik X-Break
  • Terapi senaman
  • Pengaktifan BookDoc dan Pencapaian Tier

ii. Makan Cara Sihat

  • Konsultasi pemakanan sihat
  • Demonstrasi masakan
  • Pengaktifan MynutriApps2
  • Rujuk Pegawai Sains Pemakanan

iii. Berhenti Merokok

  • Ujian Fagestrom
  • Saringan Paru-paru
  • Khidmat nasihat berhenti merokok
  • Rujukan ke Klinik Berhenti Merokok

iv. Minda Sihat

  • Ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS)
  • Teknik relaksasi
  • Terapi minda

3) Intervensi

  • Intervensi pengurusan berat badan (IFitEr)
  • Konsultasi modifikasi tingkah laku kesihatan dan bimbingan cara
  • hidup sihat
  • Preskripsi senaman

4) Pusat Sumber
5) Mini Gimnasium

  SENARAI WELLNESS HUB

  • Wellness Hub Utc Perlis
  • Wellness Hub Alor Setar
  • Wellness Hub Sungai Petani
  • Wellness Hub Seberang Jaya
  • Wellness Hub Sungai Dua
  • Wellness Hub Jalan Angsana
  • Wellness Hub Buntong
  • Wellness Hub Sungai Besar
  • Wellness Hub Telok Datok
  • Wellness Hub Bangi
  • Wellness Hub Kuala Sawah
  • Wellness Hub Bagan Pinang
  • Wellness Hub Masjid Tanah
  • Wellness Hub Merlimau
  • Wellness Hub Batu Pahat
  • Wellness Hub Kota Bharu
  • Wellness Hub Tendong
  • Wellness Hub Kerteh
  • Wellness Hub Pasir Gajah
  • Wellness Hub Purun
  • Wellness Hub Pekan
  • Wellness Hub Wp Putrajaya
  • Wellness Hub Sadong Jaya
  • Wellness Hub Kudat
  • Wellness Hub Keningau
  • Wellness Hub Putatan
  • Wellness Hub Tandek

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Wellness Hub di komuniti masing-masing.

PROMOSI
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss