Vaksin COVID-19

Vaksin COVID-19

Pengenalan Vaksin COVID-19

Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar menyerang badan anda.

Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman/ virus. Jenis-jenis vaksin secara amnya dikategorikan seperti berikut:

  • Viral Vector Vaccine: mengandungi ubah suai virus (vector) untuk menyampaikan kod genetik antigen, seperti vaksin Ebola.
  • Inactivated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan seperti inactivated polio vaccine, influenza, rabies.
  • Nucleic Acid: mengandungi DNA atau RNA coding daripada protein virus seperti vaksin COVID-19.
  • Live-Attenuated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan seperti vaksin MMR, yellow fever vaccine.
  • Protein Subunit Vaccine: mengandungi protein subunit virus atau bakteria seperti vaksin untuk pertussis dalam vaksin DTaP.
  • Toxoid Vaccine: mengandungi toxoid yang telah dilemahkan seperti vaksin DtaP yang mengandungi diptheria dan tetanus toxoid.

Vaksinasi adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat. Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi kuman/ virus yang dimatikan atau lemah.

 

 Kemaskini pada 01 Mac 2021

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss